Thursday, November 22, 2012

Muka Surat 12

Kembali normal dan seperti biasa semula. Alhamdulillah telah diberi segala kepastian dan ternyata ia bukan terbaik dalam hidup aku. Mungkin DIA punya rencana yg lebih baik buat hambanya ini. In shaa Allah jika diizinkannya, smuanya bakal tiba cuma cepat ataupun lambat. Kita sebagai hambanya hanya mampu terus dan terus berdoa. Apa-apa pun aku bersyukur ke hadratnya kerana sudi menerima dan mengabulkan segala doa ku. Alhamdulillah

Hari demi hari dijalani dengan begitu hebat. Tak tahu lah mungkin jenis aku suka sangat fikir dan suka sangat berangan. Yelah kan, sape taknak berjaya kan. Kalau boleh esok nak. Apakan daya kita insan yg paling lemah cuma harapkan dari yang Maha Berkuasa. Harap apa yg diangan-angankan tercapai lah satu hari nanti. Amin.....


Monday, November 12, 2012

Muka Surat 11

Happy Deepavali buat rakan yg beragama Hindu. Have your blast Deepavali fren. Hari yg sungguh aman dan tenteram apabila klinik kosong. Goyang kaki boleh sy bergolek-golek dalam klinik hahaha. Makan maruku je dalam klinik. Bapak best. Tapi dalam gembiranya dalam hati ni namun tersemat sedikit gundah gulana, tak senang duduk, resah gelisah semualah ade. Tak habis memikirkan satu perkara yg sangat diharapkan ia akan berlaku didalam hidup sy. Tapi apa kan daya sy sebagai hamba Allah SWT yg penuh kelemahan tanpa bantuan darinya. Hanya mampu berserah sepenuhnya dan sedia rela menerima segala ketetentuan Maha Pencipta kepada hambanya yg kerdil. Namun mulut ini tidak akan pernah rasa kecewa atau berputus asa untuk terus berdoa agar ia akan dikurniaan kepada sy samada cepat atau lambat kerana sy yakin dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Terserah kepadanya dalam aturan yg terbaik buat hambanya ini. Aku pasti dia Maha Segalanya.

**ok nak sambung bergolek jap. cau. Assalamualaikum

Monday, November 5, 2012

Muka Surat 10

Alhamdulillah dengan berkat usaha dan inayahnya beradalah saya disini masih bernafas dan masih mampu untuk menekan keybord PC ni. Setelah lama mendiamkan diri kali saya hadir untuk membahas sepatah dua kata. Haha mcm perdana menteri plk nih. Agak sibuk untuk mencari dan mengenal diri yg serba kekurangan ini. Syukur dengan berkat kesabaran dan doa dari hati yg ikhlas, akhirnya doa saya dikabulkan Allah SWT walaupun diri ni sentiasa melakukan apa yg dilarangnya. Kini bergelar seorang Radiographer dan telah diijabkabulkan (convo) sebulan yang lepas. Akhirnya selesai sudah setelah 2 tahun menunggu. Ingin ku menangis tetapi tidak terkeluar air mata ku saat aku melihat air muka ibuku terpancar riak kegembiraan, ini hadiah buat ibuku yg setelah sekian lama mendidik dan membesar kan anak yg jahil seperti DAJAL ini.

Sudah 2 bulan hamba dibumi Kuala Lumpur yg penuh panca roba ini. Mcm mcm hal dan kerenah manusia yg dapat dilihat dan dinilai. Itulah manusia yg diciptakan Allah SWT mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Seperti juga saya. Masih banyak yg perlu diperbetulkan dan diselenggarakan. Mak sy ckp "duduk tempat org jgn kacau org, kalau kita tak kacau org, org tak kacau kita" tulah panduan sy untuk sy terus berjuang dibumi Kuala Lumpur ini. Semoga Allah SWT memberkati setiap perlakuan sy demi memartabatkan agama dan keluarga sy. Amin!!

Kau kuat kan lah hambamu ini, Lindungilah serta peliharalah hambamu di dunia dan di akhirat mu kelak Ya Rabbi. Alhamdulillah juga, setelah 2 bulan berkhidmat disini, seminggu lepas diberi kesempatan dan peluang untuk menghadiri satu temuduga di salah sebuah hospital swasta disini. Syukur sgt doa didengari. Tetapi samada rezeki itu memihak kepada sy atau tidak WALLAHUALAM. Hanya dia yg maha mengetahui. Buat sahabat, doakan lah kejayaan sy ye. Percayalah, Allah itu wujud.