Kembali normal dan seperti biasa semula. Alhamdulillah telah diberi segala kepastian dan ternyata ia bukan terbaik dalam hidup aku. Mungkin DIA punya rencana yg lebih baik buat hambanya ini. In shaa Allah jika diizinkannya, smuanya bakal tiba cuma cepat ataupun lambat. Kita sebagai hambanya hanya mampu terus dan terus berdoa. Apa-apa pun aku bersyukur ke hadratnya kerana sudi menerima dan mengabulkan segala doa ku. Alhamdulillah
Hari demi hari dijalani dengan begitu hebat. Tak tahu lah mungkin jenis aku suka sangat fikir dan suka sangat berangan. Yelah kan, sape taknak berjaya kan. Kalau boleh esok nak. Apakan daya kita insan yg paling lemah cuma harapkan dari yang Maha Berkuasa. Harap apa yg diangan-angankan tercapai lah satu hari nanti. Amin.....
No comments:
Post a Comment