Alhamdulillah dengan segala limpah kurnia Allah SWT dapat kita melangkah ke tahun baru 2013. Ternyata Allah lebih mengetahui dan segalanya di bawah penguasaanya pentadbirannya. Subhanallah, tidak terjangka dek akal pemikiran manusia. Harap kita sama-sama lah menjalankan apa yg telah dipertanggungjawabkan dan diperintahkan yg patut kita laksanakan sebagai hambanya. Syukur ke hadratnya kerana telah memberi segala bentuk dugaan keatas hambanya ini yg telah sekian lama melupakan dan meremehkan segala perintahnya. Astaghfirullah.. Moga ditahun yg baru bersama azam yg baru untuk memburu JANNAH nya akan terus kekal dan tersemat didalam hati yg miliknya ini. Bukan untuk menunjuk dan bukan juga untuk membangga, cuma insan ini ingin berkata kepada sekalian manusia sekiranya kamu dapat rasa apa yg sy rasakan sekarang, sy pasti sepastinya kamu juga seperti sy. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Dunia ini miliknya. Kita sebagai hamba patut untuk mengabdikan diri kepadanya. Memang bukan senang untuk mengikut apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang, tapi percayalah ketenangan dan kepuasaan akan dapat kamu capai. Sebelum melangkah ke tahun baru inilah input yg dapat sy kongsi
No comments:
Post a Comment