Assalamualaikum. Malam yg sunyi membuatkan perasaan melayang bersama akal terhuyung-hayang memikirkan segala perkara yg berlalu setelah seharian berlakon diatas pentasNYA yg serba luas. Memikirkan tentang perlakonan yg telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin adakah ia diterima atau ditolak mentah mentah oleh yg Maha Berkuasa. Menarik nafas panjang dan menadah tangan hak miliknya merayu agar segala perlakonan diterima sebagai bekalan buat akhirat yg kekal selamanya. Semoga sentiasa dilindungi serta sentiasa mendapat naungannya diwaktu susah mahupun diwaktu senang in shaa allah. Jalan masih terbuka dan terbentang seluas-luasnya cuma tugas kita sebagai manusia untuk menentukan kemana arah tuju kita samada kiri atau kanan samada jahat atau baik. Dunia inilah pentas Allah dan manusia lah pelakonnya. Sepertikata lain Allah lah majikan kita, kitalah kulinya. Jika kuli ingin ganjaran yg sgt besar dari majikannya, lakukanlah, laksanakan dan perbanyakkan segala perintah yg telah diperintahkan sekian lamanya. Maka kulinya itu akan mendapat ganjaran yg tak pernah dijangka. Jadi, sama-sama lah kita sebagai kuli pada yg Maha Berkuasa sentiasa memperbaiki setiap langkah menuju jalan Ilahi.
Maafkan sy sekiranya apa yg tertulis agak menjengkelkan atau menunjuk. Sy juga kurang dan sangat tidak sempurna dimata kamu lebih lagi dimata Allah. Sy juga jahil dulu, bukan jahil bahkan lebih dari jahil, itu sy sedar dan sy akui. Tapi hati ini cuma ingin berkongsi supaya jangan salah mencontohi. Kelak akan memakan diri sendiri. Neraka mungkin akan sebagai balasan akan diterima, itu pasti, terserah kerana memang tugasnya, cuma jauh disudut hati ingin merasakan syurga walaupun dapat menyentuh satu jari. Itu sudah dapat memuaskan hati.
No comments:
Post a Comment