Jahil tak kira tempat, maksiat tak kira waktu dan berdosa tanpa noktah. Hamba yg telah jauh hanyut dan terpesong dari landasan jalan yg ditetapkan oleh rabbul alamin. Itulah sy, hamba yg telah lupa dan leka dgn nikmat dunia yg bersifat sementara. Hanya mampu membayangkan neraka akan jadi sebagai balasan kepada sy kelak diwaktu kita dihisab oleh yg Maha Esa. Mungkin neraka adlh tempat yg paling sesuai buat sy disana nnti, tak mungkin syurga menjadi tempat sy bersemadi selamanya, cuma diri ini ingin mengurangkan sedikit seksaan jika diizinkan olehnya. In shaa allah akan terus menerus untuk memperbaiki diri dari A sehinggalah Z sebelum bumi digoncangkan dan kita dipanggil untuk menhadap Allah yg satu. Mungkin masih belum terlambat untuk aku memperbetulkan segala yg tak betul, mungkin sempat untuk sy menagihkan keindahan syurga yg indah dan mungkin juga dapat mengharapkan syafaat pesuruhnya yg mulia Muhammad SAW. Bukan senang dan bukan juga susah, nak seribu daya taknak seribu dalih. Ye kan?
Alhamdulillah setelah 24thn meminjam nyawa darinya akhirnya dapat juga melaksanakan segala apa yg dihajatkan. Syukur kerana memberi sy peluang sebelum izrail mengambil pinjaman ini. Puas tak terkata akhirnya dpt sy laungkannya. Sungguh indah perasaannya dan menggigil sampai ke kaki. Baru sy tahu bagaimana perasaannya, begitukah takutnya kita apabila menghapnya nnti? Begitukah menggigilnya kita apabila berdepan dengannya nnti atau lebih dari itu? Wallahualam. Apa pun sy bersyukur kerana tak smua hamba akan dapat merasakan perasaan seperti itu kan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Rabbul alamin, terima lah segala langkah, segala lisan dan segala perbuatan sebagai bekalan sy. Tiada hambamu yg sehina sy ya allah....
No comments:
Post a Comment