Monday, January 7, 2013

Muka Surat 18

Hari demi hari setiap langkah diatur dengan sepenuh perhatian untuk memastikan segalanya dilakukan dengan terbaik kejalan yg diredhai oleh sang pencipta yg kekal. Suka dan duka, dugaan dan nikmat atau sedih dan gembira semua sudah tertulis dan tercatit buat kita sebagai hambanya yg serba lemah serta hina dimatanya. Alhamdulillah buat yg gembira dan in shaa allah buat yg kecewa kerana mungkin belum untuk anda merasakan perkara yg gembira dan mungkin sang pencipta menyediakan yg terbaik buat kamu. Sentiasalah berdoa, perbanyakkan lagi bersujud mencium sejadahnya dan kuatkan lagi usaha anda untuk menggapai segala yg dihajati serta jangan lah sesekali kamu berputus asa kerana ia bukan perkara yg boleh kita contohi. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi hajat yg dihajati masih belum dikecapi berusahalah sehabis mungkin sehingga sang pencipta Allah SWT mengambil segala pinjaman ini. Percayalah, yakinlah dan tawakal lah kamu kepadanya sepenuhnya mengharapkan pertolongan dari sang pencipta yg maha esa. Hanya dia yg berkuasa.

Buat sahabat handai yg sudah mengecapi apa yg telah dihajatkan syukur alhamdulillah buat kamu. Sy doakan kejayaan kamu dunia dan akhirat. Semoga kamu sentiasa dilindungi. Penantian yg telah sekian lama idamkan kini kau dapat dengan berkat darinya. Alhamdulillah. Setiap yg berlaku ada sebabnya dan ada hikmahnya. Aku sebagai hamba juga mahukan kejayaan seperti kamu. Moga aku juga dapat kecapi segala yg aku hajatkan selama ini. Amin ya rabbal alamin...aku berserah sepenuhnya.

No comments: