Usaha tangga kejayaan, berputus asa bukan galakan, usaha sampai ke liang lahad selagi nyawa ini dipinjamkan. In shaa allah, bakal melaksanakan segala yg termampu untuk mengejar segala impian demi keluarga dan agama. Akan aku usahakan. Semoga sang pencipta sentiasa disisi dan membantu segala keringat usahaku. Berehat untuk harini dan akan bersambung pada esok dan hari yg seterusnya. Ya Allah, rezeki sepenuhnya ditanganmu, andai kau restui segala keringat dan usahaku untuk mengecap segala idamanku, kau kurniakanlah ia kepadaku. Sesungguhnya kau yg Maha Berkuasa diatas segala apa didunia ini. Aku hanya berharap pertolongan darimu. Aku bukan tidak bersyukur cuma aku mahukan kemajuan didalam setiap apa yg aku lakukan dan ia juga saranan bukan sebagai seorang islam menjadi lebih berjaya dari hari ke hari. Bukan didalam kerjaya sahaja tetapi juga didalam amal ibadah in shaa allah aku akan sentiasa ingat dan memperbaikinya. Restuilah, sertai lah dan bantulah hambamu yg serba kekurangan dan serba lemah ini. 'Iyya kanag budu waiyya kanastangin' hanya kau yg aku sembah dan hanya kepadamu aku meminta pertolongan....
No comments:
Post a Comment