Wednesday, January 9, 2013

Muka Surat 21

Setiap hari aku inginkan sesuatu yg baru. Semangat yg baru juga bersama iman yg baru. Lumrah seorang manusia yg tidak pernah berhenti dari mengharapkan sesuatu yg gembira dari penciptanya. Begitu juga aku. Setiap hari akan aku hiasi dan penuhi segala hariku dengan menadah tinggi tanganku mengharap pertolongan darinya agar dikirimkan berita gembira buat aku dan keluarga tercinta. Tiada tempat lain selain darinya untuk aku mengadu dan meminta. Hanya dia. Aku tidak akan berasa jemu kerana aku tahu dia maha hidup dan dia wujud mendengar segala doa hambanya. Cuma dia lebih mengetahui segala galanya kerana dunia ini miliknya. Aku bersyukur dan sgt bersyukur. Kerana dia juga aku disini, kerana dia juga aku begini dan kerana dia juga aku mengerti. Setiap yg berlaku kerana bersebab dan mungkin inilah sebabnya mengapa aku disini. Belajar dan terus mengkaji serta mempelajari juga bermuhasabah diri disini mencari jalan ilahi yg hakiki. Namun ya Allah, aku punyai misi harap kau mengerti. Sertailah misi aku dan tunaikanlah ia sebelum aku bertemu mu. Jgn khuatir aku akan terus disisimu selagi nyawa diberi olehmu. In shaa allah kini aku mengerti yg tidak dapat aku ungkapkan dengan terperinci. Hanya mampu berserah segalanya....

No comments: