Setiap yg hidup dan bernyawa pasti punyai harapan dan cita-cita. Setiap cita-cita akan dilangkahi dengan penuh kesabaran dan keteraturan. Akan kita hiasi dengan setiap usaha yang berbunga. Usaha tangga kejayaan, usaha juga perlu disertai bersama doa dan doa perlu seiring bersama solat. In shaa allah jika diizinkan ia akan berlaku tanpa kita duga. Alhamdulillah syukran keatasnya, segala yg ditangis didengar dan dikhabarkan berita gembira. Mungkin salah satu petanda dan jalan untuk aku mengecapi apa yg diidamkan. Semoga satu hari nanti, apa yg aku idamkan akan dianugerahkan kepada aku. Walaupun sedikit namun aku puas kerana doaku didengar olehnya. Alhamdulillah syukur tak terhingga. Walaupun bukan apa yg aku hajatkan, tapi aku pasti rezeki semua diatasnya. Jika ia belum diberi, mungkin dia sediakan yg terbaik buat aku. Apa yg diberi pun sudah cukup untuk buat aku tersenyum dan keluar dari masalah muramku. Aku kembali mengukir senyuman selebar telinga. Harap hajat yg diinginkan akan dikurniakan kelak. Akan perkuatkan lagi segala amal dan doa serta diiring usaha yg maksima. Amin ya rabbal alamin. Allah itu pasti, percayalah........
No comments:
Post a Comment