Friday, January 11, 2013

Muka Surat 23

Kita sibuk mengejar cita-cita, kita sibuk dengan kerjaya, kita sibuk dengan hal dunia namun kita terlupa ada kaum kita diluar sana sedang berperang menegakkan kalimah kita yg agung 'Laila haillallah Muhammad rasulallah' tiada tuhan yg berhak disembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sungguh menyayat hati melihat mereka bersungguh dan tetap dengan kalimah agung mempertahankan kesucian kalimah tanpa rasa gentar mahupun takut. Subhanallah aku sebak melihat keberanian mereka sehingga mereka tidak takut walaupun sedikit dan tegak serta yakin bersama kalimah yg agung. Aku kagum melihat mereka walaupun ditanam hidup hidup, walaupun dibakar namun kalimah agung sentiasa dilisan mereka. Jauh sungguh mulianya martabat mereka jika ingin dibandingkan dengan aku. Ingtlah wahai saudara, samada dia hitam ataupun putih, kita adalah bersaudara didalam islam. Jika mereka sakit, kita perlu membantu walaupun hanya dengan berdoa. Marilah kita saudara, sama sama luangkan masa hanya seminit dua tadahlah tangan mohon Allah membalas segala kekejaman yg mereka lakukan terhadap saudara seislam kita disana yg sedang berjuang menegakkan kalimah agung kita. Menitis air mata ini melihat rakaman peperangan disana, sungguh sadis keadaan mereka. Tetapi aku yakin, syurga balasan mereka. Amin ya Allah kau lindungilah mereka sebagaimana kau lindungi nabi Ibrahim sewaktu ia dicampakkan kedlm api yg membara oleh yahudi laknatullah. Bantulah mereka ya rabbi. Hanya kau yg berkuasa. Menangkan lh mereka demi menegakkan kalimahmu ya tuhan.

*Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan kau ya Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah*

Tanam dalam diri serta yakin dengan syahadah ini kelak ia akan membawa kebaikan buat diri. In shaa allah....

No comments: