Saturday, January 12, 2013

Muka Surat 24

Pergilah kawan jika kamu mahu berjimba. Pergilah kamu jika kamu ingin berseronok. Jangan kau pedulikan aku kerana aku phnyai misi yg perlu aku selesaikan. Aku ingin nasighat, tapi aku sedar aku juga sepertimu dulu mampukah untuk aku menasihati sekiranya maki memakan diri? Cuba aku boleh katakan disini, dunia itu sementara, sementara itulah kita perlu banyakkan segala amal sebagai hambanya sebelum nikmat ini ditarik kembali olehnya. Aku tidak mahukan seronok dunia kerana aku juga sudah seronok dulu sehingga aku lupa padanya. Mungkin dah tiba masa untuk aku menjalankan tugas dan menggalas jawatan kembali sebagai hambanya. Aku sedar aku hanya perlukan akhirat yg kekal. Biar sakit sekarang, biar tak uptodate sekarang, biar mundur skrg tak merasa nikmat dunia, aku hanya aku tidak mahu sakit waktu kita dihisab, aku mahukan syurga yg dijanjikan, aku mahukan naungannya sewaktu dipadang mahsyar. Aku mahukan akhiray yg kekal selamanya. Ingin aku manfaatkan segala peluang yg berbaki hanya sedikit ini untuk aku berjuang menyertai sang kumpulan islam yg berjuang untuk mendapat keredhaannya kelak. Aku sudah muak dengan nikmat dunia. Aku sudah mual dengan dunia yg dusta. Aku cuma ingin mengabdikan diri sebagai hamba selama aku meminjam nafasnya. Mungkin lambat aku sedar, tapi masih ada pintu buat ku. Itu aku yakin. Aku pasti. Pintu sentiasa terbuka dan dialu alukan org seperti aku. Yg setelah sekian lama melupakan siapa tuhannya, hanyut bersama syaitan yg durjana. Kini hanya dia, hanya dia yg mampu buat hati dan jiwa aku tenang seperti tenangnya air dilautan. aku dapat rasakannya sekarang. Aku selesa tanpa rasa terseksa meninggalkan segala yg dicegah, menjauhkan diri dari segala yg ditegah. Jika kau dapat rasakannya, aku yakin kelak kau takkan menyesal seperti aku sekarang. Usaha membuahkan hasil, hasil yg sgt besar maknanya cuma harus diterapkan dan diteruskan sehingga segala pinjaman diambil kembali. In shaa allah. Doakan aku kawan keranan doamu itu akan membuatku terus bersemangat dan istiqamah. Jujur aku katakan kita bertuah kerana bersama kalimah Laila haillallah. Jaga lah ia dan patri didalam hati. Ia sgt limited.

No comments: