Hari hari yg berlalu disematkan dengan seribu harapan yg jitu bersama doa yg tak putus putus mengharapkan hajat dikabulkan dan ditunaikan. Setiap pagi akan merenung dan menilai segala kebesarannya. Memang dunia miliknya begitu juga segala jalan hidup setiap manusia. Jalan sudah ditentukan samada susah ataupun senang, jika jalan hidup yg susah mungkin itu dugaan yg didatangkan ataupun balasan dari dosa yg lampau untuk beri kesedaran betapa besarnya kuasanya, jika hidup yg senang ia adalah anugerah darinya setelah sabar menghadapi segala ranjau kehidupan yg disediakan oleh yg maha esa, mungkin juga ganjaran pada yg ikhlas dan sentiasa mengingatinya diwaktu senang mahupun dikala susah. Jangan kamu berputus asa kerana pintu doa buat hambanya sentiasa terbuka luas dan terbentang. Mohonlah pertolongan darinya minta lah apa yg kamu inginkan in shaa allah akan didengari dan dimakbulkan. Allah itu wujud, pasti dan tidak pernah tidur. Dia akan mendengar segala permintaan hamba hamba nya yg sentiasa ingat kepadanya. Aku juga tidak putus putus berdoa agar dimakbulkan segala hajat. Untuk peringatan bersama, solat dan berdoa hendaklah seiring. Tanpa solat doa tiada makna apa apa, seiringkanlahh. Lagi satu sematkan dalam diri bukan semata mata kita melaksanakan solat untuk meraih apa yg dihajatkan, kita perlu laksanakan kerana terlalu banyak kurniaan yg telah diberikan yg patut kita memanjatkan berjuta kesyukuran. Kalau bukan izinnya, takkan kita dapat hidup sehingga hari ini untuk terus berjuang demi impian yg diinginkan. Sama sama lah kita berusaha sehingga nyawa dipinjamkan...
No comments:
Post a Comment