Assalamualaikum..
Pertama sekali sama sama lah kita panjatkan sejuta kesyukuran kerana diberi peluang untuk beraksi lagi dibumi Allah ini. Keduanya, masuklah hari keempat kita umat Islam seluruh rantau dunia menunaikan rukun Islam yg ketiga. Rasanya belum terlambat untuk sy mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak. Semoga di bulan yg penuh berkah ini dapat kita memburu seberapa banyak pahala yg boleh kerana pahala akan dilipatkaligandakan ganjarannya di dalam bulan Ramadhan. Rugilah siapa yg tak nak. Bukan senang nak dapat kan. Ini lah masanya. Ayuh kwn! 😄
Banyakkan lah beristighfar di dalam bulan mulia ini. Renungkanlah dosa dosa yg lalu dimasa kita hanyut diayun buaian dunia yg dusta semata. Jatuhkan lah air mata mu mengadu nasib kepada tuhan kita yg hak dan berhak. Hanya dia yg mampu mengubah segalanya ketentuannya. Istighfar adalah salah satu cara kita untuk memohon ampun diatas segala dosa dosa yg kita lakukan tanpa rasa malu dan takut dengaNYA. Percayalah kawan, cubalah, awak akan berpuas hati dengan keputusannya. Tanya hati rasakan sendiri. Allah pemilik segala hati manusia, Allah tahu ubatnya. Cuma kita je takde masa nak buat.
Gunakanlah sebaik mungkin peluang depan mata ni. Esok lusa tahun depan tak tentu lagi kita dapat merasa berbuka dan bersahur bersama kawan ataupun keluarga. Jadi, masa yg ade ni kita shoot habis habis jangan bagi chance syaitan kuasai diri kita lagi. Kita cuba control diri, cari ape yg kita nak, muhasabah diri...
Sekali lagi Salam Ramadhan dari sy dan keluarga 😊
Dzalizaki
Location:Jalan Jalil Jaya 7,Petaling,Malaysia
No comments:
Post a Comment