Monday, January 14, 2013

Muka Surat 25

Hari hari yg berlalu disematkan dengan seribu harapan yg jitu bersama doa yg tak putus putus mengharapkan hajat dikabulkan dan ditunaikan. Setiap pagi akan merenung dan menilai segala kebesarannya. Memang dunia miliknya begitu juga segala jalan hidup setiap manusia. Jalan sudah ditentukan samada susah ataupun senang, jika jalan hidup yg susah mungkin itu dugaan yg didatangkan ataupun balasan dari dosa yg lampau untuk beri kesedaran betapa besarnya kuasanya, jika hidup yg senang ia adalah anugerah darinya setelah sabar menghadapi segala ranjau kehidupan yg disediakan oleh yg maha esa, mungkin juga ganjaran pada yg ikhlas dan sentiasa mengingatinya diwaktu senang mahupun dikala susah. Jangan kamu berputus asa kerana pintu doa buat hambanya sentiasa terbuka luas dan terbentang. Mohonlah pertolongan darinya minta lah apa yg kamu inginkan in shaa allah akan didengari dan dimakbulkan. Allah itu wujud, pasti dan tidak pernah tidur. Dia akan mendengar segala permintaan hamba hamba nya yg sentiasa ingat kepadanya. Aku juga tidak putus putus berdoa agar dimakbulkan segala hajat. Untuk peringatan bersama, solat dan berdoa hendaklah seiring. Tanpa solat doa tiada makna apa apa, seiringkanlahh. Lagi satu sematkan dalam diri bukan semata mata kita melaksanakan solat untuk meraih apa yg dihajatkan, kita perlu laksanakan kerana terlalu banyak kurniaan yg telah diberikan yg patut kita memanjatkan berjuta kesyukuran. Kalau bukan izinnya, takkan kita dapat hidup sehingga hari ini untuk terus berjuang demi impian yg diinginkan. Sama sama lah kita berusaha sehingga nyawa dipinjamkan...

Saturday, January 12, 2013

Muka Surat 24

Pergilah kawan jika kamu mahu berjimba. Pergilah kamu jika kamu ingin berseronok. Jangan kau pedulikan aku kerana aku phnyai misi yg perlu aku selesaikan. Aku ingin nasighat, tapi aku sedar aku juga sepertimu dulu mampukah untuk aku menasihati sekiranya maki memakan diri? Cuba aku boleh katakan disini, dunia itu sementara, sementara itulah kita perlu banyakkan segala amal sebagai hambanya sebelum nikmat ini ditarik kembali olehnya. Aku tidak mahukan seronok dunia kerana aku juga sudah seronok dulu sehingga aku lupa padanya. Mungkin dah tiba masa untuk aku menjalankan tugas dan menggalas jawatan kembali sebagai hambanya. Aku sedar aku hanya perlukan akhirat yg kekal. Biar sakit sekarang, biar tak uptodate sekarang, biar mundur skrg tak merasa nikmat dunia, aku hanya aku tidak mahu sakit waktu kita dihisab, aku mahukan syurga yg dijanjikan, aku mahukan naungannya sewaktu dipadang mahsyar. Aku mahukan akhiray yg kekal selamanya. Ingin aku manfaatkan segala peluang yg berbaki hanya sedikit ini untuk aku berjuang menyertai sang kumpulan islam yg berjuang untuk mendapat keredhaannya kelak. Aku sudah muak dengan nikmat dunia. Aku sudah mual dengan dunia yg dusta. Aku cuma ingin mengabdikan diri sebagai hamba selama aku meminjam nafasnya. Mungkin lambat aku sedar, tapi masih ada pintu buat ku. Itu aku yakin. Aku pasti. Pintu sentiasa terbuka dan dialu alukan org seperti aku. Yg setelah sekian lama melupakan siapa tuhannya, hanyut bersama syaitan yg durjana. Kini hanya dia, hanya dia yg mampu buat hati dan jiwa aku tenang seperti tenangnya air dilautan. aku dapat rasakannya sekarang. Aku selesa tanpa rasa terseksa meninggalkan segala yg dicegah, menjauhkan diri dari segala yg ditegah. Jika kau dapat rasakannya, aku yakin kelak kau takkan menyesal seperti aku sekarang. Usaha membuahkan hasil, hasil yg sgt besar maknanya cuma harus diterapkan dan diteruskan sehingga segala pinjaman diambil kembali. In shaa allah. Doakan aku kawan keranan doamu itu akan membuatku terus bersemangat dan istiqamah. Jujur aku katakan kita bertuah kerana bersama kalimah Laila haillallah. Jaga lah ia dan patri didalam hati. Ia sgt limited.

Friday, January 11, 2013

Muka Surat 23

Kita sibuk mengejar cita-cita, kita sibuk dengan kerjaya, kita sibuk dengan hal dunia namun kita terlupa ada kaum kita diluar sana sedang berperang menegakkan kalimah kita yg agung 'Laila haillallah Muhammad rasulallah' tiada tuhan yg berhak disembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sungguh menyayat hati melihat mereka bersungguh dan tetap dengan kalimah agung mempertahankan kesucian kalimah tanpa rasa gentar mahupun takut. Subhanallah aku sebak melihat keberanian mereka sehingga mereka tidak takut walaupun sedikit dan tegak serta yakin bersama kalimah yg agung. Aku kagum melihat mereka walaupun ditanam hidup hidup, walaupun dibakar namun kalimah agung sentiasa dilisan mereka. Jauh sungguh mulianya martabat mereka jika ingin dibandingkan dengan aku. Ingtlah wahai saudara, samada dia hitam ataupun putih, kita adalah bersaudara didalam islam. Jika mereka sakit, kita perlu membantu walaupun hanya dengan berdoa. Marilah kita saudara, sama sama luangkan masa hanya seminit dua tadahlah tangan mohon Allah membalas segala kekejaman yg mereka lakukan terhadap saudara seislam kita disana yg sedang berjuang menegakkan kalimah agung kita. Menitis air mata ini melihat rakaman peperangan disana, sungguh sadis keadaan mereka. Tetapi aku yakin, syurga balasan mereka. Amin ya Allah kau lindungilah mereka sebagaimana kau lindungi nabi Ibrahim sewaktu ia dicampakkan kedlm api yg membara oleh yahudi laknatullah. Bantulah mereka ya rabbi. Hanya kau yg berkuasa. Menangkan lh mereka demi menegakkan kalimahmu ya tuhan.

*Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan kau ya Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah*

Tanam dalam diri serta yakin dengan syahadah ini kelak ia akan membawa kebaikan buat diri. In shaa allah....

Muka Surat 22

Setiap yg hidup dan bernyawa pasti punyai harapan dan cita-cita. Setiap cita-cita akan dilangkahi dengan penuh kesabaran dan keteraturan. Akan kita hiasi dengan setiap usaha yang berbunga. Usaha tangga kejayaan, usaha juga perlu disertai bersama doa dan doa perlu seiring bersama solat. In shaa allah jika diizinkan ia akan berlaku tanpa kita duga. Alhamdulillah syukran keatasnya, segala yg ditangis didengar dan dikhabarkan berita gembira. Mungkin salah satu petanda dan jalan untuk aku mengecapi apa yg diidamkan. Semoga satu hari nanti, apa yg aku idamkan akan dianugerahkan kepada aku. Walaupun sedikit namun aku puas kerana doaku didengar olehnya. Alhamdulillah syukur tak terhingga. Walaupun bukan apa yg aku hajatkan, tapi aku pasti rezeki semua diatasnya. Jika ia belum diberi, mungkin dia sediakan yg terbaik buat aku. Apa yg diberi pun sudah cukup untuk buat aku tersenyum dan keluar dari masalah muramku. Aku kembali mengukir senyuman selebar telinga. Harap hajat yg diinginkan akan dikurniakan kelak. Akan perkuatkan lagi segala amal dan doa serta diiring usaha yg maksima. Amin ya rabbal alamin. Allah itu pasti, percayalah........

Wednesday, January 9, 2013

Muka Surat 21

Setiap hari aku inginkan sesuatu yg baru. Semangat yg baru juga bersama iman yg baru. Lumrah seorang manusia yg tidak pernah berhenti dari mengharapkan sesuatu yg gembira dari penciptanya. Begitu juga aku. Setiap hari akan aku hiasi dan penuhi segala hariku dengan menadah tinggi tanganku mengharap pertolongan darinya agar dikirimkan berita gembira buat aku dan keluarga tercinta. Tiada tempat lain selain darinya untuk aku mengadu dan meminta. Hanya dia. Aku tidak akan berasa jemu kerana aku tahu dia maha hidup dan dia wujud mendengar segala doa hambanya. Cuma dia lebih mengetahui segala galanya kerana dunia ini miliknya. Aku bersyukur dan sgt bersyukur. Kerana dia juga aku disini, kerana dia juga aku begini dan kerana dia juga aku mengerti. Setiap yg berlaku kerana bersebab dan mungkin inilah sebabnya mengapa aku disini. Belajar dan terus mengkaji serta mempelajari juga bermuhasabah diri disini mencari jalan ilahi yg hakiki. Namun ya Allah, aku punyai misi harap kau mengerti. Sertailah misi aku dan tunaikanlah ia sebelum aku bertemu mu. Jgn khuatir aku akan terus disisimu selagi nyawa diberi olehmu. In shaa allah kini aku mengerti yg tidak dapat aku ungkapkan dengan terperinci. Hanya mampu berserah segalanya....

Tuesday, January 8, 2013

Muka Surat 20

Setiap pagi diwaktu dinginnya suasana sekililing, hambarnya suara-suara burung berkicauan hanya kedengaran riuh ekzoz kereta-kereta. Jauh disudut hati mengharapkan sesuatu berita gembira didatangkan oleh Allah SWT. Menginginkan segala hajat dihati dikabulkan yg maha esa. Ada atau tidak terserah kepadanya, dia maha mengetahui segalanya dan dia punyai perancangan rapi buat hambanya yg lemah. Ternyata kita tidak punya apa apa kuasa selain darinya. Dia lah tempat kita bergantung sepenuh harapan hidup. Ya Allah, kau kuatkan lah semangat hambamu ini untuk terus menempuhi segala jalan yg telah engkau tuliskan didalam rencah kehidupanku. Berikan aku kekuatan dalam segala masalah dan bala yg telah atau akan kurniakan..amin

Muka Surat 19

Usaha tangga kejayaan, berputus asa bukan galakan, usaha sampai ke liang lahad selagi nyawa ini dipinjamkan. In shaa allah, bakal melaksanakan segala yg termampu untuk mengejar segala impian demi keluarga dan agama. Akan aku usahakan. Semoga sang pencipta sentiasa disisi dan membantu segala keringat usahaku. Berehat untuk harini dan akan bersambung pada esok dan hari yg seterusnya. Ya Allah, rezeki sepenuhnya ditanganmu, andai kau restui segala keringat dan usahaku untuk mengecap segala idamanku, kau kurniakanlah ia kepadaku. Sesungguhnya kau yg Maha Berkuasa diatas segala apa didunia ini. Aku hanya berharap pertolongan darimu. Aku bukan tidak bersyukur cuma aku mahukan kemajuan didalam setiap apa yg aku lakukan dan ia juga saranan bukan sebagai seorang islam menjadi lebih berjaya dari hari ke hari. Bukan didalam kerjaya sahaja tetapi juga didalam amal ibadah in shaa allah aku akan sentiasa ingat dan memperbaikinya. Restuilah, sertai lah dan bantulah hambamu yg serba kekurangan dan serba lemah ini. 'Iyya kanag budu waiyya kanastangin' hanya kau yg aku sembah dan hanya kepadamu aku meminta pertolongan....

Monday, January 7, 2013

Muka Surat 18

Hari demi hari setiap langkah diatur dengan sepenuh perhatian untuk memastikan segalanya dilakukan dengan terbaik kejalan yg diredhai oleh sang pencipta yg kekal. Suka dan duka, dugaan dan nikmat atau sedih dan gembira semua sudah tertulis dan tercatit buat kita sebagai hambanya yg serba lemah serta hina dimatanya. Alhamdulillah buat yg gembira dan in shaa allah buat yg kecewa kerana mungkin belum untuk anda merasakan perkara yg gembira dan mungkin sang pencipta menyediakan yg terbaik buat kamu. Sentiasalah berdoa, perbanyakkan lagi bersujud mencium sejadahnya dan kuatkan lagi usaha anda untuk menggapai segala yg dihajati serta jangan lah sesekali kamu berputus asa kerana ia bukan perkara yg boleh kita contohi. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi hajat yg dihajati masih belum dikecapi berusahalah sehabis mungkin sehingga sang pencipta Allah SWT mengambil segala pinjaman ini. Percayalah, yakinlah dan tawakal lah kamu kepadanya sepenuhnya mengharapkan pertolongan dari sang pencipta yg maha esa. Hanya dia yg berkuasa.

Buat sahabat handai yg sudah mengecapi apa yg telah dihajatkan syukur alhamdulillah buat kamu. Sy doakan kejayaan kamu dunia dan akhirat. Semoga kamu sentiasa dilindungi. Penantian yg telah sekian lama idamkan kini kau dapat dengan berkat darinya. Alhamdulillah. Setiap yg berlaku ada sebabnya dan ada hikmahnya. Aku sebagai hamba juga mahukan kejayaan seperti kamu. Moga aku juga dapat kecapi segala yg aku hajatkan selama ini. Amin ya rabbal alamin...aku berserah sepenuhnya.

Sunday, January 6, 2013

Muka Surat 17

Subhanallah betapa seronoknya jika diri ini dapat merasakan keadaan seperti ini. Diidamkan dan dihajatkan setelah sekian lama. Berharap dan akan terus berharap agar diizinkan oleh yg Maha Kuasa untk merasakan keadaan seperti ini suatu hari nanti. Ya Rahman ya Rahim, sesungguhnya engkaulah tuhan sekalian alam, tanpamu siapalah aku, engkau yg aku sembah dan kepada engkau juga aku meminta pertolongan. Tolonglah hambamu yg memerlukan ini ya Allah. Sesungguhnya engkau maha mendengar. Makbulkan lah doa hambamu ini ya tuhan. Aku sedar tanpa pertolongan darimu segala usahaku hanya sia-sia. Segala rezeki ditanganmu ya Allah.

Saturday, January 5, 2013

Muka Surat 16

Jahil tak kira tempat, maksiat tak kira waktu dan berdosa tanpa noktah. Hamba yg telah jauh hanyut dan terpesong dari landasan jalan yg ditetapkan oleh rabbul alamin. Itulah sy, hamba yg telah lupa dan leka dgn nikmat dunia yg bersifat sementara. Hanya mampu membayangkan neraka akan jadi sebagai balasan kepada sy kelak diwaktu kita dihisab oleh yg Maha Esa. Mungkin neraka adlh tempat yg paling sesuai buat sy disana nnti, tak mungkin syurga menjadi tempat sy bersemadi selamanya, cuma diri ini ingin mengurangkan sedikit seksaan jika diizinkan olehnya. In shaa allah akan terus menerus untuk memperbaiki diri dari A sehinggalah Z sebelum bumi digoncangkan dan kita dipanggil untuk menhadap Allah yg satu. Mungkin masih belum terlambat untuk aku memperbetulkan segala yg tak betul, mungkin sempat untuk sy menagihkan keindahan syurga yg indah dan mungkin juga dapat mengharapkan syafaat pesuruhnya yg mulia Muhammad SAW. Bukan senang dan bukan juga susah, nak seribu daya taknak seribu dalih. Ye kan?

Alhamdulillah setelah 24thn meminjam nyawa darinya akhirnya dapat juga melaksanakan segala apa yg dihajatkan. Syukur kerana memberi sy peluang sebelum izrail mengambil pinjaman ini. Puas tak terkata akhirnya dpt sy laungkannya. Sungguh indah perasaannya dan menggigil sampai ke kaki. Baru sy tahu bagaimana perasaannya, begitukah takutnya kita apabila menghapnya nnti? Begitukah menggigilnya kita apabila berdepan dengannya nnti atau lebih dari itu? Wallahualam. Apa pun sy bersyukur kerana tak smua hamba akan dapat merasakan perasaan seperti itu kan. Alhamdulillah. Alhamdulillah.  Alhamdulillah. Rabbul alamin, terima lah segala langkah, segala lisan dan segala perbuatan sebagai bekalan sy. Tiada hambamu yg sehina sy ya allah....

Wednesday, January 2, 2013

Muka Surat 15

Assalamualaikum. Malam yg sunyi membuatkan perasaan melayang bersama akal terhuyung-hayang memikirkan segala perkara yg berlalu setelah seharian berlakon diatas pentasNYA yg serba luas. Memikirkan tentang perlakonan yg telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin adakah ia diterima atau ditolak mentah mentah oleh yg Maha Berkuasa. Menarik nafas panjang dan menadah tangan hak miliknya merayu agar segala perlakonan diterima sebagai bekalan buat akhirat yg kekal selamanya. Semoga sentiasa dilindungi serta sentiasa mendapat naungannya diwaktu susah mahupun diwaktu senang in shaa allah. Jalan masih terbuka dan terbentang seluas-luasnya cuma tugas kita sebagai manusia untuk menentukan kemana arah tuju kita samada kiri atau kanan samada jahat atau baik. Dunia inilah pentas Allah dan manusia lah pelakonnya. Sepertikata lain Allah lah majikan kita, kitalah kulinya. Jika kuli ingin ganjaran yg sgt besar dari majikannya, lakukanlah, laksanakan dan perbanyakkan segala perintah yg telah diperintahkan sekian lamanya. Maka kulinya itu akan mendapat ganjaran yg tak pernah dijangka. Jadi, sama-sama lah kita sebagai kuli pada yg Maha Berkuasa sentiasa memperbaiki setiap langkah menuju jalan Ilahi.

Maafkan sy sekiranya apa yg tertulis agak menjengkelkan atau menunjuk. Sy juga kurang dan sangat tidak sempurna dimata kamu lebih lagi dimata Allah. Sy juga jahil dulu, bukan jahil bahkan lebih dari jahil, itu sy sedar dan sy akui. Tapi hati ini cuma ingin berkongsi supaya jangan salah mencontohi. Kelak akan memakan diri sendiri. Neraka mungkin akan sebagai balasan akan diterima, itu pasti, terserah kerana memang tugasnya, cuma jauh disudut hati ingin merasakan syurga walaupun dapat menyentuh satu jari. Itu sudah dapat memuaskan hati.

Tuesday, January 1, 2013

Muka Surat 14

Hari pertama bekerja didalam tahun 2013. Syukur alhamdulillah masih Allah pinjamkan nyawanya untuk aku terus mencari keredhaannya. Semoga semangat ini akan terus bersamanya sehingga usia bumi diambilnya. Mulakan hari kamu sepertimana sy. Siapa tuhan kamu? Allah. Siapa guru kamu? Rasullullah. Apa pegangan kamu? Al-quran dan apa cita-cita kamu? Jihad Fisabilillah!!!